Thursday 5 May 2011

Indahnya Amalan Berdoa

Ia adalah sebuah buku koleksi doa yang yang disusun oleh Dato' Ismail Kamus. Buku ini dihadiahkan oleh Pengetua SMK Pandan Jaya sempena Pertandingan Teater Anjuran PPD Hulu Langat dengan kerjasama MPAJ pada April lepas.

kulit depan buku
Antara kandungan buku ini ialah :-
- konsep doa
- kaitan istigfar dan selawat dengan berdoa
- beberapa amalan berdoa

Apa yang menariknya, dalam buku ini terdapat pelbagai jenis doa yang boleh kita amalkan. Antaranya ialah:-
- doa solat-solat sunat
- wirid dan bacaan doa selepas solat fardhu, tahlil dan doa selamat
- doa ma'thur daripada Al-Quran dan Al-hadis
- doa dan amalan orang soleh
- doa dan amalan untuk kebahagiaan rumahtangga
- doa supaya terbuka hati dan mudah difahami ilmu
- beberapa amalan untuk mengatasi keuzuran dan gelaja-gejala penyakit
dan sebagainya.


Doa boleh mengubah persepsi hidup seorang insan daripada seorang yang lemah serta tidak berdaya maju menjadi seorang yang bermotivasi tinggi dan bekerja keras. Sesorang yang ingin mengecapi kebahagian dan kejayaan, dia perlukan DUIT. DUIT disini bermaksud Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakal. Kalau kita nak berjaya doa sahaja tidak cukup, perlu disusuli dengan usaha yang berpanjangan (Istiqamah) dan barulah kita boleh bertawakal.

Allah berfirman yang bermaksud:

" Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan."

(Surah Al-Mukmin 40:60)

Semoga dengan berdoa, kita mendapat keampunan dan rahmat serta terhindar dari musibah dan kesusuahan. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment