Monday 23 May 2011

:::Ahlul Bait (keluarga) Rasulullah SAW & Kesultanan Melayu:::


Assalamualaikum...

Buku ni aku baru beli. Buku ni mengisahkan Keturunan Rasulullah SAW dan Raja-raja Melayu di bumi Nusantara. Buku ini ibarat susunan sejarah yang mencerminkan bagaimana Allah SWT menghantar ahli-ahli Ahlul bait Rasulullah SAW menjadi khalifah di bumi Nusantara ini. Pengekalan institusi beraja / Kesultanan Melayu di negara ini (dan Brunei) adalah suatu keistimewaan yang tiada di negara lain. Walaupun Tanah Air kita pernah dijajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun namun Allah tetap memelihara raja-raja kita. Suatu perkara yang perlu dikongsi adalah ketahuilah Raja-raja Melayu kita merupakan Ahlul bait Rasullulah SAW. Ia bukan terhad kepada analisa salasilah fizikal, malah menjangkaui falsafah, dasar dan gerak kerja baginda sehingga memberi kesan yang besar, kuat dan mendalam kepada jatidiri Bangsa Melayu amnya. 

Sebagai rakyat yang cintakan negara kita harus pertahankan sistem kesultanan ini. Kita harus menyokong institusi beraja dinegara kita. Kepada Allah SWT kita berdoa supaya ditambahkan hidayat dan taufikNya kepada kita Rakyat Malaysia dan khasnya Raja-raja kita dengan menjalani pemerintahan yang adil dan saksama, supaya mereka dapat berada dibawah naungan 'Arasyi di Hari Kiamat nanti. InsyaAllah.

Tuesday 10 May 2011

Koleksi Novel

Semua gambar2 dibawah adalah koleksi novel aku








Ini hanya sebahagian koleksi yang aku simpan kat opis...kat umah ada lagi. Tapi aku tak ingat tajuk dia..

Thursday 5 May 2011

Suatu Penantian

Dah berapa hari aku menanti, masih tak kunjung tiba. Bayaran dah dibuat tetapi barang tak sampai-sampai.
Sebenarnya aku ni menantikan parsel dari penerbit buku Kaki Novel. Aku dah buat tempahan 28 April lepas.
buku yang aku pesan tu seperti berikut:-
Novel 566 Hari Mencari Cinta

Novel M.A.I.D

Novel Pilihan Mama

Sebenarnya aku dah baca secara online. Tapi hanya separuh sahaja yang di siarkan.So, ceritanya best nak tau apa kesudahannya, kenalah beli.

Semua novel dalam simpanan aku masih elok, sebab aku tak amik masa yang lama untuk membaca setiap buku. Jika ada sesiapa yang nak miliki novel terpakai boleh beli kat aku (sempat lagi promote).

Bila sudahnya penantian ini...

Indahnya Amalan Berdoa

Ia adalah sebuah buku koleksi doa yang yang disusun oleh Dato' Ismail Kamus. Buku ini dihadiahkan oleh Pengetua SMK Pandan Jaya sempena Pertandingan Teater Anjuran PPD Hulu Langat dengan kerjasama MPAJ pada April lepas.

kulit depan buku
Antara kandungan buku ini ialah :-
- konsep doa
- kaitan istigfar dan selawat dengan berdoa
- beberapa amalan berdoa

Apa yang menariknya, dalam buku ini terdapat pelbagai jenis doa yang boleh kita amalkan. Antaranya ialah:-
- doa solat-solat sunat
- wirid dan bacaan doa selepas solat fardhu, tahlil dan doa selamat
- doa ma'thur daripada Al-Quran dan Al-hadis
- doa dan amalan orang soleh
- doa dan amalan untuk kebahagiaan rumahtangga
- doa supaya terbuka hati dan mudah difahami ilmu
- beberapa amalan untuk mengatasi keuzuran dan gelaja-gejala penyakit
dan sebagainya.


Doa boleh mengubah persepsi hidup seorang insan daripada seorang yang lemah serta tidak berdaya maju menjadi seorang yang bermotivasi tinggi dan bekerja keras. Sesorang yang ingin mengecapi kebahagian dan kejayaan, dia perlukan DUIT. DUIT disini bermaksud Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakal. Kalau kita nak berjaya doa sahaja tidak cukup, perlu disusuli dengan usaha yang berpanjangan (Istiqamah) dan barulah kita boleh bertawakal.

Allah berfirman yang bermaksud:

" Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan."

(Surah Al-Mukmin 40:60)

Semoga dengan berdoa, kita mendapat keampunan dan rahmat serta terhindar dari musibah dan kesusuahan. Wallahualam.

Aku, Novel & Kristal

Hai, Assalamualaikum...

 Ini bukanlah blog aku yang pertama. Sebelum ni aku dah ada satu blog berkenaan dengan perniagaan yang aku buat. Kali ini sengaja aku ciptakan satu blog yang baru untuk aku meluahkan rasa hati aku dan berkongsi cerita dengan sesiapa yang sudi singgah di blog aku.

Puas juga aku memikirkan apa yang hendak aku namakan pada blog ini. Akhirnya itulah nama blog aku. Kenapa ya aku namakan sedemikian. Aku adalah aku..anak ke 2 dari 4 org adik beradik, isteri kepada seorang lelaki yang aku cintai dan ibu kepada 3 org anak yang aku kasihi.

AKU (sekadar gambar hiasan)
 Dikala aku kebosanan, novel yang akan aku cari. Tak kisahlah, buku atau online. Setakat ini koleksi novel yang aku ada lebih kurang 20 buku. Tak banyak sebab aku baru lagi mengumpul novel ni. Minat membaca dah lama sejak di sekolah menengah lagi. Selain novel lain2 bahan bacaan ada juga aku simpan sebagai rujukan.
Novel yang paling aku suka
 Sejak aku berkahwin, aku mula menjinakan diri dalam dunia kristal. Sehingga sekarang aku masih lagi bermain dengan kristal. Kristal merupakan pendapatan sampingan aku. Dikala mood aku datang maka rajinlah aku 'bermain' dengan kristal.
Batu kristal
 OK lah, buat http://cthaslinda.blogspot.com/ dan http://mummymikhailnlutfi.blogspot.com/ , kamu adalah sumber inspirasi aku..